PRS


PENGENALAN 
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada tahun 1987.
PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
FALSAFAH 
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
VISI 
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
MISI 
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
MATLAMAT 
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilainilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.
PERANAN PRS
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
PERANAN PRS
Sebagai Role Model kepada pelajar lain. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh di atasi.
PERANAN PRS
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
ETIKA PRS
Amanah dan menyimpan rahsia.
Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
Tahu batasan dan keupayaan diri.
Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.


PROSEDUR PELAKSANAAN MEREKAYASA PROGRAM PRS DI SEKOLAH
 PELANTIKAN PRS
 KRITERIA PEMILIHAN PRS
Antara kriteria murid yang boleh dipilih sebagai PRS di sekolah adalah seperti yang berikut :
Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain
serta boleh berkomunikasi dengan baik.
 Mempunyai  ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan, memahami, 
menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima tanpa syarat,
jujur dan tulen)
 Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri.
Trampil dalam aspek akademik, sahsiah, ko kurikulum dan spiritual.
 KAEDAH PEMILIHAN PRS
Pemilihan murid-murid PRS adalah melalui beberapa kaedah antaranya:
Pemilihan melalui permohonan
Mengiklan dan mempelawa permohonan murid melalui pengumuman semasa 
perhimpunan sekolah, kempen dari kelas ke kelas atau poster dan maklumat papan 
notis.
 Menyediakan borang permohonan untuk proses pemilihan
 Mengadakan sesi temuduga untuk mengenal pasti calon-calon yang sesuai.Modul Pembimbing Rakan Sebaya

Pemilihan melalui rakan sebaya
Pemilihan melalui Pengetua/ Penolong Kanan dan Guru-guru
Pemilihan melalui Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pemilihan oleh PRS yang berpengalaman.
Pemilihan dari kalangan murid yang mempunyai rekod salah laku disiplin.
Pemilihan secara objektif – melalui penggunaan alat-alat pengukur yang sedia ada seperti ujian-ujian 
personaliti, sikap, kerjaya, minat dan konsep kendiri.
 LATIHAN
Setiap PRS yang telah dilantik perlu menjalani latihan berdasarkan modul.
KAEDAH PELAKSANAAN
 Setiap PRS yang telah dilantik mesti melalui 4 Tahap iaitu Tahap Bongsu, Tahap Muda, 
Tahap Sulong dan Tahap Bestari.
PRS juga  akan menerima watikah pelantikan pada setiap tahap yang dilalui untuk ke 
tahap yang seterusnya.
Dicadangkan bahawa setiap watikah hendaklah dianugerahkan sekali setahun iaitu pada 
bulan Jun.
 Sebelum penganugerahan watikah tersebut, setiap PRS hendaklah memperolehi atau 
mencapai markah sebanyak 80% dari keseluruhan latihan dan ujian setiap tahap. 
Sekiranya tidak mencapai markah tersebut, jurulatih PRS perlu memberi kerja atau 
projek tambahan bagi mencukupi markah tersebut.Modul Pembimbing Rakan Sebaya

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PRS
Carta Aliran Pengurusan PRS
Kajian Tindakan
Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan
Perbincangan dengan Pengetua
Taklimat kepada semua guru
Hebahan/Publisiti/Iklan
Borang Permohonan Keahlian 
& Borang Cadangan
Proses Borang Permohonan
Temuduga
Surat Tawaran/Surat Makluman 
kepada Ibu Bapa
Surat Panggilan Kursu

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
Isu semasa rakan sebaya apa ye cg ,?